this is what i have been thinking....
sejak kecil lagi kita telah diajar dan di asuh oleh ibu bapa , persekitaran, budaya, agama, and so on you name the lists. Itu yang menjadikan kita sebagai orang yang bagaimana sekarang.
baik, sopan, hormat? atau sebagainya
so this new semester ini i have meet some cool lecturer dan apa yang dia bagitau tentang generasi masa sekarang.
dia kata generasi masa kini sangat biadap.
terus terdiam.
pretending tidak nampak dan tegur orang bila lalu walaupun kenal.
sampuk orang tua bercerita.
tiada perasaan terhadap yang lain
dan macam lagi
aku pun rasa macam ni
semakin hilang nilai - nilai murni dalam diri kita ini
semakin moden semakin macam hantu pula perangai ini
teknologi menjadikan kita jadi bodoh
kita lupa dengan apa yang ada sekarang
contohnya kita lupa yang berada di kelas berhawa dingin, ada kerusi , meja dan mempunyai projecter itu sangat lah bertuah dan harus bersyukur daripada duduk dalam kelas yang sederhana dan tidak mempunyai peralatan seperti itu.
nak kena bagi ingat tiap kali baru sedar dan cepat2 bersyukur.
sedih sungguh.
terus rasa mahu tulis di kertas besar2 reminder pada diri sendiri lekat dekat cermin hari2 tengok sampai boring.
manalah pergi nilai2 murni penuh adat hormat menghormati macam selalu kita bangga2 kan tulis dalam karangan sekolah rendah dan menengah tu. yang seperti kita momokkan yang masyarakat kita ini sungguh budi pekerti orangnya. macam nak tayang dekat foreigner yang masyarakat kita ni sangat penuh adat nilai murni hormat baik peramah yang dorang takda.
sedih.
macam haritu bila aku jalan2 tengah shopping terjumpa dengan seorang ibu yang memaki hamun anaknya yang aku rasa umur 4 atau 5 tahun. perkataan yang digunakan OMG perkataan sadis lucah gila
memang parenting failed.
aku terbayang dengan generasi yang akan akan akan datang.
macamana sikap mereka agaknya?
p/s: hari ni handphone yang selalu berbakti dan tiap kali jatuh tuuu sudah rosak.
terus google handphone terkini di pasaran dan nangis dalam hati.
mana aku mahu korek duit woo