Monday, December 26, 2011

sayang assignment.

assalamualaikum.
cuti seminggu sudah bermula yay! dan aku sekarang tengah hepi layan cuti kah kah kah


tengah cuti ni banyak benda mahu buat before start kuliah balik sebab pasni tiada cuti lagi buatmu.dan aku pun tengah buat list yang panjaanng antaranya adalah





1.buat assignment yang sikit itu
2.buat assignment yang berhimpit himpit diantara satu sama lain itu
3.assignment buat itu sekarang
4.assignment itu harus dibuat
5.assignment itu harus dibuat SEKARANG!


aku memang hepi sekarang ini tiada kata kata mampu mentafsirkan maksud aku sekarang ini.terima kasih

aku memang sayang assignment sampai bila bila.



ok orang faham. suda.
habis iklan.

ok aritu aku pegi tengok video matlutfi rokok dan kopiah on youtube. everyone should watch that mesti mesti mesti tengok. sangat sangat memberi pengajaran dan sedih ohh.pegi tengok sekarang dan bangga jadi rakyat malaysia.



ok bai.

Friday, October 7, 2011

cara hilangkan parut.

assalamualaikum.




well cara mahu hilangkan parut senang saja...iaitu dengan menggunakan bio oil..yes semua orang tahu tapi aku mahu jelaskan lagi apa yang bio oil ni boleh buat..ha ha..


                                                       




my brother baru - baru ini terlibat dengan kemalangan..di mana dia jatuh dari motorsikal...dan syukur alhamdulilah dia tidak apa - apa dan cuma mendapat parut.

yes parut yang BANYAK. Di bahagian muka, kaki, lutut dan yang paling teruk di bahagian tangan.



well dia adalah seorang student dan perlu menhadiri kuliah tiap hari..dan mahu menghilangkan parut accident dengan cepat..dan apalagi bila kehenseman jadi taruhan....ha ha...dan bila dengar opinion dari kawan dan family..dia pun cuba bio oil..



dalam masa 3 bulan sedikit demi sedikit parut dia hilang..dengan cara pakai bio oil dengan berdisiplin dan jadikan nya satu rutin seharian..kena sabar juga amat penting. harga bio oil ni juga tidaklah mahal sangat..around rm60 above ataupun below..check out drugstore anda yang berdekatan..

cara guna bio - oil ni senang saja. macam pakai losyen. just put the bio - oil dekat parut dan lakukan tiap - tiap hari. jadikan rutin seharian. kenapa letak hari - hari?
supaya cepat hilang parut tersebut.










dan terima kasih kepada bio oil abang aku pun hensem balik.

:D

Sunday, September 4, 2011

cerita raya aku.

oh hai.

pernah kah ada orang cakap begini dengan kamu?

"belajar tinggi - tinggi tapi..urmmm.."










aku pernah.




cerita dia adalah bila aku dan kawan - kawan pergi makan di cafeteria hostel dan duduk di kerusi yang mejanya yang bersepah macam budak tadika baru habis makan. Then datang makcik cafe kasih bersih meja dan angkat bekas piring yang budak TADIKA baru habis makan tuh. sambil berkatalah beliau ayat di atas tuh..mungkin terkilan dengan sikap pelajar yang tidak bertanggungjawabpentingkandirisendiri karna tidak angkat piring sendiri hantar ke makcik cafe. kami terkejut dan pada masa yang sama malu dengan makcik cafe pasal KAWAN - KAWAN kami ada yang kurang waras sikit pasal terlampau pandai terus makan bersepah - sepah. ha ha aku emosi..

juga ada satu situasi dimana ada sekumpulan pelajar yang belajar tinggi - tinggi ini datang beraya ke rumah. dimana ada satu tali buaian khas untuk baby di dalam rumah orang yang dilawat itu. sekumpulan pelajar ini dengan happynya ketawakan tali buaian baby itu pasal tergantung - gantung di tengah - tengah rumah. apa yang lucu? aku hairan kenapa mereka ketawa. tidakkah mereka berfikir suatu hari nanti mereka juga akan ada baby dan ada tali buaian gantung - gantung tengah rumah. seriously. maybe nampak pelik bagi mereka ataupun terlampau pandai sehingga benda yang remeh pun hendak diketawakan.




belajar tinggi - tinggi seharusnya waras dari yang tidak belajar tinggi - tinggi pasal mereka tahu akan kewajaran sesuatu.



aku minta maaf kalau ada yang terasa.
hanya ingin beri pendapat.
sharing is caring.




oh yah selamat hari raya.

k bai

Saturday, August 6, 2011

cita - cita.

suatu hari itu..
aku pergi ke satu majlis kahwin...tiba - tiba ada budak pigi grab tangan aku dan tanya

budak : nanti besar kakak mau jadi apa?

aku : hah?      besar? belum lagi nampak besar lagi ka ini

budak : waiting...

aku : eh..jadi apa..ehhe..   berfikir..lihat budak..

budak : waiting....

aku : ehhe..jadi cikgu..     ambik kau..ha ha

budak : oh..cikgu.. terus jalan..

aku : T_T



budak - budak memang pakar kasi nervous orang.

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan kali ini..

selamat berpuasa everyone..


baibai to syaaban say hello to ramadhan..


so tahun ini biskut apa yang popular?..busy tengah fikir biskut apa yang akan dibuat tahun ini..ha ha

tadi pulang awal jam 4.30..terus kegirangan pergi bazar dengan harapan dapat bawa pulang pelbagai juadah yang ada di ingatan tadi tengahari..

sampai bazar terus cancel...

terus pulang masak apa yang ada dalam peti sejuk..

begitu ramai orang pergi bazarrrr..macam mana mahu harungi lautan manusia..? jalan sesak dan menangis dalam hati..


the good thing is..saya tidak membazir hari ini....yep..





hari lain?


:D

Wednesday, June 29, 2011

a cat named tiger.

aku ada dua ekor kucing di rumah. ( aku tahu kau tidak mau tahu. tapi aku mau bagitau juga. ) ha ha

dua - dua jantan. popo dan tiger. tolong jangan ketawa. close your mouth.

kami bagi nama tiger kerana rupa dia macam tiger. seriously no joking.si popo pulak aku lupa pasal apa kami bagi nama dia popo. si popo ni kucing baru datang.


tiger dua tiga hari yang lalu jatuh sakit. tua sudah. dia memang biasa tidur di luar rumah. kalau ada anjing liar datang dia akan laju cari tempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri.


tiger selalu paling champion tangkap tikus. si popo pulak? tengok ja. newcomers la katakan apa yang dia tahu. cis





kelmarin jam 3 pagi tiger jatuh di tangan anjing liar. dia yang lemah sakit dan tidak berdaya untuk lari selamatkan diri. my dad and my brother terbangun bila dengar bunyi bising di luar. bila mereka buka pintu, mereka nampak anjing liar tu tarik dan gigit tiger. satu di kepalanya dan satu di kaki tiger. tiger masih hidup ketika itu. popo hanya mampu lihat tiger mati secara pelahan - lahan.




sungguh.


aku sedih.


Sunday, June 26, 2011